Ada usaha singkir Zahid dari Umno?

SEORANG anggota Majlis Tertinggi Umno yang dipetik laporan portal FMT hari ini mendakwa ada gerakan dilakukan tokoh besar dalam parti itu untuk menyingkirkan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.

Sumber dalaman yang enggan didedahkan itu berkata, tokoh besar itu yang rapat dengan parti Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin cuba menarik anggota Majlis Kerja Tertinggi bagi menyokong Bersatu selain merancang untuk mendapatkan sokongan penuh  Ahmad Zahid Hamidi “mengundur diri”.

“Kita tidak bercakap mengenai pemimpin Bersatu, sebaliknya pemimpin Umno. Mereka cuba memecahbelahkan Umno,” kata sumber itu.

Katanya, beliau bimbang lebih ramai rakannya akan menyokong PPBM sekiranya mereka membiarkan diri dipengaruhi oleh pemimpin itu.

Sebelum ini, Ahli akar umbi Umno menghantar mesej kepada kepimpinan parti mereka tidak lagi mahu Umno bekerjasama dengan Bersatu.

143 bahagian daripada 191 bahagian parti itu yang telah bermesyuarat mendesak supaya parti itu menarik balik sokongan kepada Bersatu dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing baru-baru ini.

Desakan supaya Umno memutuskan hubungan boleh mengugat kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, malahan beberapa pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid sebelum ini didedahkan telah menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Rentetan peristiwa itu, beberapa pemimpin pemuda dalam parti itu menggesa Zahid supaya 'berehat' dari memimpin parti itu, gesaan itu dibuat Ketua Pemuda UMNO Pontian, Mohd. Helmi Buang dan Ketua Pemuda Seremban, Zool Amali Hussin pada minggu ini.

“Gerakan untuk meminta Zahid mengambil cuti semakin kuat kerana kes mahkamahnya berkaitan rasuah dijangka akan bermula selepas perintah kawalan pergerakan tamat.

 Sumber dakwa berlaku perpecahan antara pemimpin


“Ada yang bertanya-tanya apakah mereka perlu terus menyokongnya,” tambahnya sumber dipetik laporan serupa.

Post a Comment

0 Comments