Warga emas maut motosikal dirempuh MPV


SEORANG lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Dalam kejadian di simpang Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar  semalam, mangsa berusia 70 tahun dan beralamat di Parit 8 Timur Jalan Baru, Sungai Panjang, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa mengalami akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias yang dipetik laporan Sinar berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Parit 8 menghala ke Sungai Besar, manakala pemandu MPV pula dari Jalan Sungai Panjang menghala ke Sungai Besar.

"Sewaktu pemandu Toyota Unser berada di jalan utama tempat kejadian, tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa keluar dari simpang sebelah kanan jalan.

"Pemandu Toyota Unser terbabit tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar mangsa pada bahagian hadapan sebelah kiri motosikal terbabit," katanya dipetik.

 Mangsa maut di tempat kejadian


Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.


Manakala polis menjalankan siasatan atas kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Post a Comment

0 Comments