Usul tak percaya antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini


ISU
mengenai usul undi tidak percaya dan undi percaya terhadap  Muhyiddin Yassin antara perkara yang dijangka dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Portal bernama yang memetik Aturan Urusan Mesyuarat melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Harapan (HARAPAN) Hassan Abdul Karim akan meminta perdana menteri menyatakan bilakah 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya akan dibentang, dibahas dan diundi di Dewan Rakyat.
 
Beberapa portal bebas sebelum ini melaporkan,  seramai 25 Ahli Parlimen mengemukakan usul berkenaan berdasarkan senarai draf Aturan Urusan mesyuarat.

Usul itu dikemukakan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng (DAP), Ahli Parlimen Tawau, Christina Liew, yang juga Pengerusi KEADILAN Sabah, 11 ahli Parlimen Amanah, 7 dari Warisan dan 5 dari Pejuang.

Manakala dua usul percaya kepada Muhyiddin dikemukakan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) dan Shahidan Kassim (BN-Arau).

Isu keasbahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin dibincangkan banyak pihak sebelum ini.

25 usul tidak percaya terhadap Muhyiddin
Pakatan Harapan baru-baru ini menggesa agar undi tidak percaya itu diberi keutamaan susulan penurunan penarafan Malaysia dari AAA- ke BBB+ oleh Fitch Ratings yang menurut mereka memberi gambaran kelemahan kerajaan menangani isu ekonomi.

BACA:
Speaker mesti berani angkat usul tak percaya

BACA: 25 usul tak percaya terhadap Muhyiddin

Usul itu juga penting untuk menamatkan ketidaktentuan politik yang memberi impak kepada negara.

Untuk rekod, sehingga kini Muhyiddin tidak pernah mendedahkan jumlah sebenar sokongan yang didakwa telah diperolehinya.

Post a Comment

0 Comments