SEORANG penganalisis politik tidak menolak kemungkinan akar umbi Umno akan membawa usul supaya pucuk pimpinan parti itu menarik semula sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir bahkan yang dipetik laporan Sinar berkata, desakan seperti itu bukan suatu yang mengejutkan apabila ia sudah wujud dan berlegar dalam kalangan ahli dan pemimpin parti sebelum
ini.
“Tidak mustahil (usul dibuat). Ini sebagai salah satu cara ‘menghalalkan’ BN (tarik sokongan) keluar daripada PN jika wujud desakan di peringkat sayap parti,” katanya dipetik laporan itu.
usul tersebut dijangka berlaku dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula pada 1 Januari ini.
Difahamkan, ada desas-desus bahwa akar umbi Umno akan membawa usul meminta pucuk kepemimpinan parti itu menarik semula sokongan terhadap kerajaan PN dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang bakal berlangsung semalam tiga hari bermula Jumaat ini.
Sementara itu, Jeniri berkata, akar umbi parti itu juga dijangka membangkitkan soal hubungan Umno dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![]() |
Tak mustahil usul akan dibawakan |
Sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO bagi menghadapi PRU15, Tajuddin berkata, beliau ingin tahu kawasan mana terdapat kerjasama UMNO dan Pas dalam MN, atau kerjasama Pas hanya dengan Bersatu dalam PN.
0 Comments