Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya zon merah Covid-19


SEMUA sembilan daerah di Selangor kini berstatus zon merah selepas merekodkan 697 kes baharu Covid-19 pada Isnin.

Sehingga semalam, Daerah Klang mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi di Selangor dengan 3,476 kes, diikuti daerah Petaling, 1,415 kes.

Menurut Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, beberapa daerah lain di Selangor turut mencatatkan kes yang tinggi, seperti Hulu Langat dengan 1,225 kes, Gombak (978), Kuala Selangor (380), Kuala Langat (304), Sepang (297), Hulu Selangor (61) dan Sabak Bernam (58).

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) melalui muat naik di laman Facebooknya memaklumkan, Selangor telah mencatatkan hampir 30,000 kes Covid-19.

"Sehingga kini, Selangor merekodkan sejumlah 29,969 kes Covid-19 secara keseluruhan," menurut STFC di laman media sosial tersebut.
 
Berdasarkan statistik terkini, sebanyak 1,594 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh Malaysia pada Isnin dengan sejumlah 1,181 kes sembuh.

Selain Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di isytiharkan sebagai zon merah Covid-19.

 Semua daerah di Selangor zon merah
Empat mukim di Kuala Lumpur iaitu Lembah Pantai mencatatkan 2,467 kes, Titiwangsa 747, Kepong 591, dan Cheras dengan 574 kes positif Covid-19.

Putrajaya yang dikategorikan sebagai zon merah mencatatkan 49 kes positif Covid-19 sehingga semalam.

Dengan perkembangan itu, pentadbiran Muhyiddin Yassin menambah lagi tempoh Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur yang hingga 14 Jan depan.

Post a Comment

0 Comments