JKR minta maaf jika kemalangan libatkan menteri saja? - AMK


ANGKATAN MUDA KEADILAN
(AMK)  Kuala Langat menggesa kepimpinan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah itu bersikap adil kepada semua pengguna jalan raya.

Ketuanya, Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman yang merujuk tindakan JKR memohon maaf terhadap Khairy Jamaluddin yang mengalami kecederaan selepas basikal dinaikinya terlanggar lubang di kawasan itu semalam.

Tegas Mohd Shah Rezza, tidak wajar agensi itu hanya membuat permohonan maaf hanya dibuat ketika kemalangan melibatkan menteri sahaja.

“JKR Kuala Langat seharusnya bersikap adil untuk turut sama meminta maaf kepada pengguna jalan raya lain yang juga pernah teribat kemalangan malah ada yang meninggal dunia akibat kecuaian mereka.

“Masih banyak tempat kerosakan di sekitar jalan seliaan mereka dan apakah rasa ingin meminta maaf hadir hanya ketika kemalangan melibatkan menteri sahaja?” katanya dalam kenyataan.

Khairy yang merupakan  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy  mengalami cedera di muka akibat kemalangan selepas basikal yang ditunggangnya jatuh dalam parit setelah melanggar sebuah luban di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting.

Tidak lama selepas Khairy memuat naik insiden itu di Twitter, JKR membuat permohonan maaf di platform sama.

Selain memohon maaf kepada Ahli Parlimen Rembau itu, JKR Kuala Langat turut memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan segera atas isu berkenaan.

 JKR digesa bersikap adil kepada pembayar cukai
“Saya ingin menegaskan bahawa tidak perlu ada berat sebelah kepada mana-mana menteri yang terlibat kemalangan di jalan raya kerana mereka mendapat keistimewaan pengecualian cukai jalan.

“Sebaliknya rakyat marhaen ini adalah pembayar cukai jalan setiap tahun dan berdiam diri bila kemalangan menimpa mereka,” katanya Mohd Shah merujuk permohonan maaf JKR itu.

Post a Comment

0 Comments