Speaker tegur Senator 'ponteng' Dewan

 


YANG DIPERTUA Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini menegur sikap sesetengah Ahli Dewan Negara yang didapati ‘menghilang’ selepas menandakan kehadiran mereka.

Rais yang dipetik laporan Bernama berkata kehadiran di Dewan Negara penting bukan hanya pada sesi perbahasan sahaja, tetapi juga pada sesi lain.

Kehadiran itu tegasnya bagi membolehkan isu dan soal kepentingan rakyat dibincang dan dibela.

“Telah dibawa ke pengetahuan saya bahawa sebahagian daripada Yang Berhormat (YB) selepas menekan butang dalam dewan ini bagi menandakan kehadiran, tidak lagi dilihat pada hari berkenaan dan amalan ini selepas diteliti harus ditiadakan di dewan ini.

“Kita telah bersumpah akan menumpahkan taat setia serta mempertahankan Perlembagaan, untuk itu kehadiran di dewan ini hendaklah seperti tuntutan semangat itu,” katanya di Dewan Negara hari ini.

 Rais ingatkan tanggungjawab Ahli Dewan
Untuk rekod, Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia.

Dewan ini mempunyai 70 ahli Dewan Negara bergelar senator dimana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan. Baki 44 lagi Ahli dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh Dewan Rakyat.


Post a Comment

0 Comments