PENTADBIRAN Muhyiddin Yassin diingatkan agar tidak berahsia dalam soal perolehan vaksin Covid-19 termasuk mengenai status halalnya.
Gesaan itu dibuat Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail yang melihat kerajaan kerajaan cuba berahsia dengan rakyat.
“Kerajaan PN (Perikatan Nasional) seolah-olah hendak mengheret rakyat kepada zaman yang semuanya rahsia, hanya kerajaan yang tahu segalanya. Rakyat tak perlu tahu apa-apa.
“Ini sangatlah kuno cara pentadbiran dan cara pengurusannya,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Menurut bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, meskipun meskipun terikat dengan perjanjian kerahsiaan (NDA) di antara kerajaan dengan syarikat pengeluar vaksin, namun beberapa perkara seperti maklumat ajen yang terlibat dalam perolehan vaksin, dan pihak atau agensi yang akan menilai status halal vaksin mesti didedahkan.
Beliau memberi contoh dalam isu kartel daging import yang menjadi polemik besar apabila agensi yang diberikan kepercayaan penuh berhubung pensijilan halal turut terpalit sama.
“Kalau benda ini juga dirahsiakan, keraguan timbul,” katanya lagi.
Isu mengenai pemerolehan vaksin itu timbul selepas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Wong Kah Woh mengkritik Pentadbiran Muhyiddin Yassin.
Ia susulan kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin di twitter yang berkata, kerajaan bersedia memberi penerangan kepada PAC berhubung pemerolehan itu sekiranya Jawatankuasa itu bersedia menghormati hormati kerahsiaan perjanjian bekalan itu.
![]() |
Azan gesa k'jaan jangan berahsia dengan rakyat |
Sementara itu Azan berkata, rakyat berhak tahu bagaimana proses pemerolehan itu dijalankan.
Lebih-lebih lagi, katanya, sekiranya ‘ejen’ yang dilantik tidak mempunyai kaitan dengan bidang perubatan, maka rakyat perlu tahu apakah kelayakan syarikat itu sehingga menjadikannya layak dilantik sebagai ejen.