SITUASI banjir di tiga daerah di Kelantan dilapor bertambah buruk.
Dipetik laporan Awani, mangsa banjir yang dipindahkan sehingga pagi ini telah meningkat berbanding semalam.
Tiga daerah yang terjejas teruk itu ialah Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai.
Sehingga tengah malam tadi sahaja, 500 orang membabitkan 130 keluarga dipindahkan ke 18 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Jumlah itu meliputi 288 orang Kuala Krai, Tanah Merah (131 orang) dan Pasir Mas (81 orang).
Sungai Golok di Rantau Panjang pula dilapor sudah melepasi bacaan paras bahaya dan limpahan air sungai dijangka berlaku apabila paras air mencecah bacaan 10 meter.
Keadaan itu dijangka akan menyebabkan banjir bertambah teruk dan lebih ramai mangsa di daerah Pasir Mas dijangka akan dipindahkan.
Selain Sungai Golok, portal itu turut melaporkan empat sungai utama lain, Sungai Kelantan di Kursial, Tanah Merah, Sungai Galas di Limau Kasturi, Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Jenob juga mencatatkan bacaan melebihi paras amaran dengan trend meningkat.
Stesen penyukat hujan di empangan Bukit Kwong, Pasir Mas, Kampung Jenob, Tanah Merah dan Jeli mencatatkan jumlah taburan hujan turun agak tinggi malam tadi.
![]() |
Sungai utama di Kelantan melebihi paras amaran |
Banjir itu menyaksikan kemusnahan teruk di Pekan Manik Urai serta menyebabkan 400 mangsa terperangkap di aras empat bangunan Sekolah.
0 Comments