SEORANG pemandu Perodua Kancil sedang diburu pihak polis susulan tindakannya memandu melawan arus.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalarifin Aman Shah yang dipetik laporan Sinar berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian yang berlaku di Kilometer 1 Jalan Banting-Jugra kira-kira jam 11.45 malam Selasa itu susulan rakaman video mengenainya tular di media sosial.
"Berdasarkan rakaman itu, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu seorang lelaki keluar dari arah Jalan Bandaran menghala ke Jugra.
"Kereta terbabit yang berada di lorong kanan telah masuk ke laluan bertentangan sehingga simpang lampu isyarat Jalan Sungai Nangka," katanya dipetik.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Setakat ini dimaklumkan telah mengesan rumah pemilik kenderaan terbabit dan kereta tersebut berada di luar pagar rumah.
![]() |
Polis gesa orang ramai beri maklumat |
Susulan itu, pihak polis menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenainya tampil kepada pihak polis.
"Polis meminta saksi bebas yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil salurkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Masrol Mohd Din di talian 0111-8539115," katanya lagi.
0 Comments