SEORANG jururawat disahkan positif Covid-19, beberapa hari selepas beliau menerima suntikan vaksin Pfizer Inc.
Rangkaian berita ABC News dalam laporannya mendakwa, Matthew W, jururawat berumur 45 tahun di California yang bekerja di dua hospital menulis di Facebooknya pada 18 Dis bahawa beliau menerima suntikan vaksin itu.
Setelah disuntik vaksin tersebut, Matthew berkata tangannya lenguh untuk sehari tetapi tiada kesan sampingan lain.
Namun, enam hari kemudian, dia jatuh sakit dan menunjukan simptom COVID-19 termasuk kepenatan dan kesakitan otot.
Menurut laporan itu lagi, pemeriksaan lanjutan pada 26 Dis telah mengesahkan jururawat itu dijangkiti wabak tersebut walaupun sudah mengambil suntikan vaksin.
namun pakar penyakit berjangkit, Christian Ramers menyifatkan apa yang dialami oleh Matthew tidaklah sesuatu mengejutkan.
![]() |
Pakar menyifatkan kejadian itu tidak pelik |
“Dos vaksin pertama memberi perlindungan sekitar 50% manakala suntikan dos kedua memberi perlindungan sehinga 95%.” katanya dipetik.
0 Comments