KETUA wanita KEADILAN, Fuziah Salleh mencabar menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mencara dalang dalam skandal import daging haram.
Fuziah yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, isu berkenaan melibatkan melibatkan integriti dan menggugat institusi penguatkuasaan malah berkaitan isu pengguna.
"Perkara ini sudah berlarutan sehingga bertahun. Kita bimbang binatang itu mungkin berpenyakit atau ditembak. Pasti ada agensi kerajaan yang terlibat.
"Saya harap pihak berkuasa akan menyiasat sehingga ke akar umbi. Menteri pun kena berani mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mencari dalangnya. Bagaimana daging itu boleh diimport?" katanya pada sidang akhbar.
Fuziah sebelumnya hadir ke satu program di Pasar Tani di UTC semalam.
Media sebelum ini mendedahkan tindakan besar kartel terancang yang mencampurkan daging halal dan haram sebelum bungkusan itu ditampal logo halal bagi pasaran tempatan.
Ia menimbulkan rasa bimbang orang ramai berhubung kesucian daging yang dijual di pasaran.
Sementara itu tambah Fuziah, beliau sedang mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih jelas mengenai modus operandi kartel haram itu.
Jelasnya terdapat pelbagai peringkat yang perlu dilalui sebelum daging import melepasi pasaran Malaysia.
"Ada rangkaian yang begitu rapat antara satu sama lain. Mereka ini bukan hanya bertanggungjawab kepada orang Islam tetapi seluruh rakyat Malaysia yang mengutamakan keselamatan.
"Makanan menyumbang kepada masalah kesihatan rakyat. Ini merupakan jenayah pecah amanah yang tinggi," katanya lagi.
![]() |
Menteri perlu bertindak agresif lawan kartel |
Ketua Pembangkang di Parlimen itu mahu kakitangan kerajaan yang didakwa terlibat dalam sindiket tersebut dan individu bertanggungjawab diheret segera jke muka pengadilan.
0 Comments