SETIAUSAHA Agung Amanah, Dr Hatta Ramli berkata, parti itu komited terus berjuang bersama rakan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ahli Parlimen Lumut itu dalam ucapan pada Konvensyen Amanah Nasional 2020 di Melaka menegaskan, komited itu bagi membina satu gbungan besar politik yang kuat menjelang Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.
“Paling utama, kita akan terus kukuhkan keakraban dan hubungan kita dengan kepimpinan Harapan.
"Ini bukan sahaja untuk mengembalikan mandat tetapi supaya HARAPAN terus berjaya dan digeruni pada masa depan,” katanya.
Sementara itu jelasnya, biarpun Amanah dan rakan dalam HARAPAN kini berdiri sebagai pembangkang selepas kerajaan 22 bulan dijatuhkan, mereka tidak seharusnya luntuk semangat.
![]() |
Giatkan usaha tarik sokongan rakyat |
“Parti ini berjaya mengharungi pelbagai onak duri, ada juga menguji ketahanan dan kesabaran.
“Cabaran kita adalah membawa kesegaran politik dalam usaha menarik perhatian anak muda untuk sama-sama berjuang membina negara,” katanya lagi.
0 Comments