MAYAT bintang bola sepak, Diego Maradona mungkin akan digali semula.
Portal Metro yang memetik laporan agensi berita antarabangsa berkata, mayat Maradona itu kemudian akan diawet dan dipamerkan bersama barisan trofi dimenanginya.
Itu antara impian bintang sukan kelahiran Argentina yang didakwa diberitahu kepada peguamnya, Matias Morla menerusi sepucuk surat.
Laporan itu menyebut, Maradona atau nama sebenarnya , Diego Armando Maradona, 60,mahu menerima penghormatan sama seperti pemimpin Russia, Vladimir Lenin yang mayatnya diawet dan kemudian dipamerkan di Red Square di Moscow sejak 1924.
Surat yang ditandatangani Maradona bertarikh 13 Oktober, seminggu sebelum kematiannya akibat serangan jantung itu berbunyi: "Selepas melakukan analisis secara mendalam, saya ingin menyatakan hasrat bahawa selepas kematian saya, tubuh saya diawet dan dipamerkan di muzium.
"Dikelilingi trofi, barangan peribadi dan kesayangan untuk terus menerima kasih sayang daripada orang ramai."
Mario Baudry, peguam kepada kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia 1986 itu menerangkan idea bagaimana untuk mengeluarkan semula mayat Maradona dari tanah perkuburan Bella Vista berhampiran Buenos Aires.
"Rancangannya adalah untuk membina makam bagi membolehkannya peminat mengunjunginya.
"Ia sesuatu yang Maradona pernah bincangkan bersama adik-beradiknya. Cadangan kami ini adalah serius, lengkap dan dengan kos yang ditanggung tetapi akhirnya terletak di tangan Persekutuan Bolasepak Argentina." kata Baudry dalam laporan itu.
Diego Maradona meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di rumahnya di Buenos Aires akhir November lalu.
![]() |
Impian itu dinyatakan melalui sepucuk surat |
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu dilapor membuka siasatan bagi memastikan sama ada ia membabitkan kecuaian.
0 Comments