AMANAH akan setia berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Pendirian itu disuarakan Naib Presiden AMANAH Mujahid Yusof Rawa disebalik kenyataan kontroversi dibuat Presiden parti itu, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini.
Tegas Mujahid, sekarang bukan masa untuk pembangkang berpecah dengan saling memberi tekanan, sebaliknya perlu berganding bahu dan membantu Ketua Pembangkang itu meneruskan perjuangan gabungan tersebut.
“Masa ini bukan untuk memberi tekanan, masa ini adalah untuk menyokong, membantu berganding bahu sehingga keputusan bersama sampai di penghujungnya.
“Saya yakin kita bersama kepimpinan Anwar Ibrahim di dalam keluarga besar ini bukan kerana namanya Anwar Ibrahim, tetapi kita bersama kerana agenda besar yang beliau pertahankan, dipenjara kerananya dan menderita kerana beriltizam dengannya,” kata seperti dilapor Malaysiakini.
Sesetengah pihak kebelakangan ini dilihat secara sinis menuding jari terhadap Anwar susulan kegagalan pembangkang menolak belanjawan Perikatan Nasional baru-baru ini.
Sebagai rekod, tiada Belanjawan kerajaan pernah ditolak. Namun pembangkang memberikan tekanan besar atas pentadbiran Muhyiddin baru-baru ini dengan belanjawan itu diluluskan hanya dengan kelebihan tiga undi.
Bagaimanapun, ada suara sumbang dari pembangkang yang berada di luar gabungan itu supaya Ketua Pembangkang yang kini disandang Anwar ditukar.
Sementara itu, Mujahid berkata dasar “Rahmatan Lil Alamin” (RLA) dibawa Amanah adalah seiring dengan agenda reformasi yang diinstitusikan oleh Anwar.
Justeru pihaknya merasa selesa untuk bekerjasama dengan Presiden KEADILAN itu.
Berbanding Anwar jelasnya, HARAPAN ketika berada di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad gagal menjelaskan agenda besar dibawa gabungan itu sehingga membawa kepada pembelotan ahli Bersatu.
“Pembelotan mereka adalah terhadap agenda besar dan erti kesetiaan.
"Mereka memilih untuk khianat, bukan kita menghalau mereka,” katanya merujuk kepada langkah Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu dari HARAPAN yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan dipimpin Mahathir.

![]() |
Bukan masa untuk tekan Anwar |

0 Comments