Ku Nan kemuka rayuan, AGC teliti sama ada hukuman terlalu ringan


SEBAGAIMANA
dijangka, menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor yang didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta bertindak memfailkan rayuan berhubung sabitannya.

Difahamkan, pemimpin Umno itu memfailkan notis rayuan itu di Mahkamah Rayuan pada Isnin.
 
“Notis difailkan melalui e-pemfailan petang semalam,” katanya dipetik laporan sebuah portal.

Susulan itu difahamkan Mahkamah Tinggi perlu menyediakan rekod rayuan merangkumi penghakiman, nota keterangan dan bahan bukti.

Semalam, hakim Mohamed Zaini Mazlan mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.

Ahli Parlimen Putrajaya berusia 70 tahun itu didapati bersalah dan dihukum penjara dan denda RM2 juta kerana menerima wang berkenaan daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong pada 2016.

Ku Nan menerima wang itu daripada Chai yang juga pengarah Aset Kayamas, walaupun mengetahui syarikat milik ahli perniagaan terbabit berurusan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan yang ketika itu bawah kuasanya. Ku Nan dalam pembelaannya mendakwa wang itu digunakan untuk dana dua pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 2016.

 Ku Nan kemuka rayuan
Zaini dalam penghakimannya berkata, Ku Nan tiada sebab sahih untuk mengumpulkan wang bagi dua pilihan raya kecil berkenaan kerana kawasan terbabit bukan bawah kuasanya sebagai pengerusi Umno dan Barisan Nasional Wilayah Persekutuan ketika itu.

Katanya, beliau sukar menerima keterangan dua saksi pembela iaitu Rizalman Mokhtar, bekas pengarah jentera PRK Sungai Besar, dan ketua UMNO bahagian Simpang Renggam ketika itu, Zakaria Dullah yang pada pandangannya keterangan mereka direka-reka selepas kejadian dalam usaha menguatkan pembelaan tertuduh.
 
“Jadi jelas tertuduh berselindung di sebalik Tadmansori untuk meraih hasil daripada perbuatan jenayahnya”. kata Hakim.

Sementara itu, FMT dalam laporannya berkata, Pejabat Peguam Negara turut meneliti penghakiman Zaini untuk mempertimbangkan sama ada hukuman terhadap Ku Nan terlalu ringan dan perlu dirayu.

Post a Comment

0 Comments