VETERAN Umno, Tengku Razaleigh Hamzah meluahkan rasa malu dengan tindakan dilakukan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Ia susulan tindakan Zahid yang bersetuju menjadi ahli dalam Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN).
Menurut Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO yang mesra dipanggil Ku Li itu, beliau pelik dengan keputusan tersebut kerana Umno bukan merupakan ahli dalam PN yang terdiri daripada parti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Sebab dia bersetuju untuk menjadi ahli Majlis Presiden PN, saya merasa sedikit malu atau memandang (keputusan itu) sebagai agak aneh untuk dia menerima (menjadi ahli) di dalam Majlis Presiden (itu).
"Sebab UMNO bukan ahli PN. Dari mana datangnya Umno? Umno tak ada langsung (dalam hal ini),” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program bual bicara 'Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia: Kemana Kita' di Pejabat Sekretariat Majlis Profesor Negara (MPN) di sini pada Khamis.
Tambah Ku Li lagi, Umno membenarkan ahlinya menyertai Kabinet Muhyiddin dalam usaha menstabilkan krisis politik ketika itu.
"Itu saja tujuannya.
“Kita ingat, selepas politik sudah stabil, UMNO perlu berundur daripada Kabinet. Itulah ideanya.. Bukannya berada dalam Kabinet selamanya,” katanya lagi.
Minggu lalu, PN menubuhkan satu Majlis Presiden yang dianggotai oleh semua presiden parti dalam kerajaan PN.
Perkara itu diumumkan oleh Muhyiddin Yassin menerusi muat naik status di Facebook rasminyasambil memaparkan kehadiran beberapa pemimpin dalam satu mesyuarat.

![]() |
Ku Li aneh dengan keputusan diambil Zahi |

0 Comments