SEBUAH pertubuhan yang mengelar diri mereka sebagai Gerak98 bakal meletakkan calon bagi menghadapi parti pejuang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua Sekretariat Gerak98, Sazali Shamsudin dalam satu kenyataan disiar Malaysiakini berkata, tindakan itu dilakukan setelah melihat tindak tanduk Pejuang yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohammad bersungguh-sungguh mencari helah bagi menghalang Pegerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya dilantik sebagai Perdana Menteri.
Menurut Sazali, Gerak98 adalah komited kepada matlamat asal penubuhan untuk mengangkat agenda reformasi.
Manakala menurut mereka, Dr Mahathir merupakan musuh nombor satu reformasi.
Ini jelas diperlihatkan melalui tindak tanduk parti Pejuang dan sekutu yang bersungguh-sungguh untuk menghalang Anwar Ibrahim diangkat sebagai PM.
"Gerak98 berhasrat untuk meletakkan calon menentang calon parti Pejuang di mana sahaja mereka bertanding semasa PRU15.
"Kami yakin rakyat dan pengundi sekarang sudah bijak dan mahukan reformasi kerana sudah muak dengan permainan ahli politik yang mementingkan diri sendiri dari membela nasib rakyat," tegas kenyataan itu.
Sebagai rekod, Anwar dinamakan sebagai calon Perdana Menteri oleh HARAPAN setelah mahathir meninggalkan gabungan itu.
Walau bagaimanapun dalam satu mesyuarat bersama pada Jun lalu, Mahathir menuntut untuk menjadi perdana menteri untuk kali ketiga sekiranya mandat rakyat dapat diambil semula.
Cadangan Mahathir itu tidak dipersetujui KEADILAN yang menyifatkannya sebagai tidak adil memandangkan ada perjanjian terdahulu supaya Dr Mahathir menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.
![]() |
Tun M didakwa halang Anwar jadi PM |
Dalam apa yang dikatakan sebagai usaha terbaharunya menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri, Mahathir menjalin hubungan dengan bekas musuh politiknya, Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam satu sidang media bersama, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Ahli Parlimen untuk mengundi tidak menyokong Belanjawan Perikatan Nasional.
Walau bagaimanapun, beliau sendiri tidak hadir pada sesi pengundian yang dijalankan.
0 Comments