BELUM ada cadangan rasmi dikemukakan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) oleh mana-mana parti dalam gabungan itu untuk menukar Ketua Pembangkang.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pertukaran Ketua Pembangkang yang timbul baru-baru ini hanya disuarakan oleh segelintir golongan yang mahu melihat kepincangan dalam kem HARAPAN.
Walau bagaimanapun jelasnya, beliau terbuka untuk membincangkan perkara itu sekiranya dibangkitkan.
“Ini (cadangan pertukaran Ketua Pembangkang) termasuk HARAPAN belum ada yang mencadangkan, (kalau) ada perubahan walau bagaimanapun saya kata boleh kita bincang dalam mesyuarat,” kata Anwar selepas menghadiri Perjumpaan Bersama Pimpinan Keadilan Negeri Kedah, di Alor Setar semalam.
![]() |
Belum ada cadangan dari dalam HARAPAN |
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menegaskan isu untuk menukar Ketua Pembangkang yang disandang Anwar tidak pernah dibangkitkan parti itu.
Beberapa pemimpin dalam HARAPAN kemudian membuat kenyataan memimpin gabungan itu.
0 Comments