RAKYAT Malaysia terutama umat Islam di negara ini tidak wajar memaafkan pihak yang bersekongkol dalam kartel import daging haram yang dilabelkan semula sebagai daging halal.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menyifatkan tindakan tersebut sebagai 'perbuatan celaka'.
"Ini paling keji dan hina bagaimana darah daging umat itu diceroboh, ini soal halal, bukan isu kementerian pertanian, yang bagi cop halal itu Jakim, jadi harus bertanggungjawab.
"Saya fikir rakyat Malaysia dan umat Islam tidak wajar memaafkan kecelakaan dan kesialan ini," katanya ketika ditemui selepas majlis peluncuran buku "100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008-2011", di Shah Alam, hari ini.
BACA: Skandal daging haram robek reputasi institusi kerajaan

Presiden KEADILAN itu sebelum ini menyifatkan pembongkaran aktiviti kartel daging yang didakwa turut didalangi kakitangan agensi kerajaan sebagai "kebobrokan" yang perlu dihentikan.
Ia tegas Anwar telah mencalar dan merobek institusi yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat.
![]() |
Perbuatan Khianat tak boleh dimaafkan |
Anwar menggesa siasatan segera dijalankan dan pihak bertanggungjawab dihadap ke muka pengadilan.
Dalam ucapannya siang tadi, Anwar bukan sahaja mengulangi gesaan itu, namun menegaskan bahawa perlu ada tekad politik untuk memberi jawapan terhadap isu berkenaan selain memberi tumpuan kepada pihak yang mempergunakan agama.
"Harus ada tekad politik untuk memberi jawapan segera dan memumpukan pada orang-orang yang menggunakan agama," kata Anwar.
Setelah dibangkitkan di Parlimen awal bulan lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan kes kartel import daging haram yang dilapor dikesan di Senai, Johor baru-baru ini, sedang dalam proses siasatan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa kartel itu dikatakan bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi-agensi kerajaan untuk membawa daging-daging ke dalam negara kononnya sebagai daging yang berstatus halal.
Antara daging yang dibawa masuk adalah daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal.
0 Comments