PIHAK yang disifatkan “obses” dengan idea gabungan besar pembangkang (Grand dicabar untuk menamakan calon perdana menteri selain Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ahmad Syukri Razab ketika membuat gesaan itu berkata, pihak yang menyokong idea pembentukan gabungan besar itu membayangkan cita-cita untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri perlu diketepikan.
“Adalah teramat salah dan sangat tidak bertanggungjawab jika ada kepimpinan HARAPAN yang mengatakan cita-cita untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri itu sebagai kepentingan peribadi KEADILAN.
“Walhal perkara ini telah diputuskan secara bersama sebelum pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
“Jika ada pemimpin HARAPAN yang merasakan persefahaman ini perlu disemak semula, maka mereka perlu mengemukakan nama lain secara berani dan berterus-terang. Janganlah sekadar membaling batu dan sembunyi tangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa pemimpin pembangkang kebelakangan ini dilihat cuba melobi pembentukan gabungan besar itu.
Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng antara pemimpin yang dilihat cuba mengangkat idea tersebut.
Namun Mohamad Sabu dalam ucapan di Konvensyen Amanah Nasional 2020 di Melaka mengakui Amanah memilih Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan HARAPAN kembali ke Putrajaya.
Jelasnya, sebelah Ahli parlimen parti itu telah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi tujuan itu.
![]() |
Apa sebenarnya formula 'Grand Coalation"? |
“ [...] Mahathir memberi posisi kepada Azmin Ali dan gerombolannya walaupun KEADILAN tidak pernah mencadangkan nama mereka untuk diangkat sebagai Menteri. Akhirnya merekalah yang mendalangi pengkhianatan terhadap HARAPAN.
“Lalu apa sebenarnya formula 'grand coalition' yang dicadangkan mereka ini?" soalnya lagi.
0 Comments