AHLI PARLIMEN dari Umno digesa menarik semula sokongan mereka kepada Muhyiddin Yassin.
Gesaan itu dibuat Anggota Majlis Tertinggi parti itu, Dr Puad Zarkashi yang berkata, tindakan berani itu perlu dilakukan demi kepentingan rakyat.
"Tarik sahaja sokongan daripada Muhyiddin sebagai perdana menteri. Nampak macam kamikaze tetapi apa salahnya, demi rakyat.
"Mungkin tidak semua (ahli parlimen BN) sanggup. Lima orang tarik sokongan pun alhamdulillah. Tiga pun OK. Gunakan hati nurani," katanya dalam satu hantaran di media sosialnya.
Sebagai rekod, Puad antara pemimpin dalam Umno yang kuat mengkritik pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin.
Muhyiddin yang merupakan Presiden parti Bersatu menjadi Perdana Menteri yang mengetuai negara tanpa mandat rakyat melalui Pilihan Raya, ia dilakukan melalui 'langkah Sheraton' bersama beberapa Ahli Parlimen yang mengkhianati Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ahli Parlimen Pagoh itu yang keasbahannya dipersoal tidak pernah membuktikan jumlah sokongan diterimanya di Dewan Rakyat, berdasarkan Belanjawan 2021 yang diluluskan baru-baru ini, Muhyiddin hanya mempunyai majoriti tiga sokongan Ahli Dewan.
Bagaimanapun, gambaran dalam undian Belanjawan itu tidak dapat dijadikan sandaran kepada jumlah sebenar Ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
Ia terutama apabila belanjawan itu juga mendapat sokongan beberapa ahli parlimen Umno yang sebelum itu kelihatan lantang mengkritik serta memberi tekanan kepada pentadbiran Muhyiddin.
Sementara itu ketika mengulas mengenai lulusnya Belanjawan 2021 di Dewan Negara semalam, Puad berkata ia memberi rasa lega kepada Muhyiddin namun sebaliknya kepada rakyat.
"Janji mempermudahkan pengeluaran i-Sinar KWSP dan moratorium automatik belum ditunaikan sepenuhnya. Terdapat bank-bank yang liat.
"Rakyat terbelenggu dengan kriteria terutama untuk kategori dua pengeluaran KWSP.
"Moratorium automatik hanya diberi kepada golongan B40, M40 dan peniaga industri kecil dan sederhana," katanya.
![]() |
Puad ajak Ahli Parlimen tarik semula sokongan |
"Harga seorang ahli parlimen memang mahal. Lebih mahal jika mereka melakukan keberanian politik," kata Fuad lagi.
0 Comments