SEORANG ahli politik Amerika Syarikat (AS) tidak sempat mengangkat sumpah sebagai anggota Kongres di Dewan Perwakilan setelah menjadi korban Covid-19 semalam.
Luke Letlow, 41, dari parti Republikan sepatutnya mengangkat sumpah mewakili Louisiana pada Ahad ini.
Kematian Letlow dikongsikan Gabenor Louisiana, John Bel Edwards di Twitter.
“Saya sedih beliau tidak dapat mewakili penduduk Louisiana, tetapi lebih sedih lagi untuk keluarganya,” katanya.
Letlow meninggalkan seorang balu, Julia Barnhill Letlow, dan dua anak yang masih kecil.
Sementara itu, Edwards mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang pada hari pengebumian Letlow nanti.
Letlow merupakan anggota pertama Kongres AS yang meninggal dunia akibat wabak itu.
Pada 18 Dis lalu, beliau memaklumkan bahawa positif Covid-19 dan dikuarantin di rumah. Letlow bagaimanapun dimasukkan ke hospital tiga hari kemudian.
![]() |
Letlow sepatutnya angkat sumpah pada Ahad |
Sementara rekod kematian dilaporkan di negara itu dalam tempoh sama pula melepasi 341 ribu kes, iaitu yang terburuk di dunia.
0 Comments