Aktivis gesa Dr Zulkifli berfikir sebagai menteri bukan mufti


SENATOR
Dr Zulkifli Al Bakri diminta berfikir dan bertindak sebagai seorang menteri dan bukan lagi sebagai seorang mufti.

Gesaan itu dibuat seorang penulis dan aktivis politik susulan kenyataan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu dalam isu daging import tanpa kesahihan status halal yang terbongkar baru-baru ini.

“Bila dah jadi menteri, orang tidak lagi bertanya tentang status halal atau haram. Itu kerja mufti.
 
“Sebagai menteri kena fikir tentang akauntabiliti, tentang ketelusan, tentang kebocoran sistem dan tentang rules of law,” kata Jamzuri Ardani dipetik laporan Malaysiadatline.

Dr Zulkifi yang merupakan menteri Agama dalam satu laporan media berkata, Orang ramai berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu terus memakan daging import atau sebaliknya, bergantung kepada keyakinan masing-masing.

Ia setelah pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mufti sudah memberi kenyataan dan pandangan masing-masing serta ia dibahaskan di Dewan Negara.
 g mufti pun masalah juga.

 Dr Zulkifli digesa berfikir sebagai menteri
“Isunya bukan soal yakin atau tidak untuk makan daging import. Isunya bagaimana perkara itu boleh terjadi dan apa langkah pembaikan yang telah dilakukan.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan?” kata Jamzuri ketika mengulas kenyataan Dr Zulkifli itu menerusi facebook beliau.

Post a Comment

0 Comments