RANG UNDANG-UNDANG (RUU) Perladangan Unggas Negeri Pulau Pinang 2020 dibentangkan Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Norlela Ariffin diterima secara majoriti di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Enakmen itu yang diluluskan tanpa sebarang pindaan selepas bacaan kali ketiga bertujuan mengawal selia segala aktiviti berkaitan perladangan unggas agar dapat dibangunkan dengan sistem penternakan moden dan mesra alam di samping menjamin bekalan makanan negara yang selamat dimakan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu, cadangan RUU tersebut dilihat dapat memantau aktiviti penternakan unggas supaya lebih teratur serta terkawal.
“Industri unggas di negara ini mempunyai rantaian lengkap dari ladang hingga ke meja makan.
"Semasa proses rantaian makanan berjalan, keselamatan makanan merupakan aspek paling penting dalam memastikan bekalan makanan yang bermula dari ladang bebas daripada segala penyakit dan bahan kimia terlarang agar produk akhir yang terhasil adalah selamat untuk diedarkan kepada pengguna.
“Pengurusan perladangan unggas yang tidak mengamalkan amalan perladangan yang baik terutamanya dari segi kebersihan boleh menjadi punca utama penularan penyakit (zoonatik kepada manusia),” kata Dr Norlela.
Sementara itu jelasnya, kebanyakan ladang unggas di negeri itu masih tidak mematuhi Amalan Perladangan Yang Baik atau Good Animal Husbandry Practices (GAHP) yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
“Aspek-aspek biosekuriti ladang serta keperluan asas penternakan tidak diamalkan memandangkan kewujudan ladang-ladang lama yang diusahakan sejak 1960-an lagi dan masih mengekalkan struktur perladangan yang tidak menepati keperluan semasa.
“Kesemua aktiviti penternakan seharusnya menambah baik sistem penternakan atau perladangan agar selaras dengan kemajuan dan pembangunan di negeri ini,” gesanya.
Tambah Norlela, industri penternakan adalah sangat penting bagi memastikan hasil pengeluaran ternakan mencukupi dan seterusnya menjamin kestabilan Tahap Sara Diri (Self Sufficiency Level, SSL).
Dalam pada itu, ADUN Bagan Jermal Soon Lip Chee yang menyokong usul berkaitan percaya dengan sistem reban tertutup lengkap sistem ventilasi terkawal, isu pencemaran dapat dicegah di samping menjamin mutu pengeluaran unggas yang lebih terjamin dari segi kualiti, kebersihan dan keselamatan.
“Saya berpendapat bahawa setiap penternak unggas harus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan menerima hakikat bahawa sistem reban tertutup ini adalah lebih terkawal serta teratur serta menjamin keuntungan kepada penternak dan negeri,” ulasnya.
Enakmen itu yang diluluskan tanpa sebarang pindaan selepas bacaan kali ketiga bertujuan mengawal selia segala aktiviti berkaitan perladangan unggas agar dapat dibangunkan dengan sistem penternakan moden dan mesra alam di samping menjamin bekalan makanan negara yang selamat dimakan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu, cadangan RUU tersebut dilihat dapat memantau aktiviti penternakan unggas supaya lebih teratur serta terkawal.
“Industri unggas di negara ini mempunyai rantaian lengkap dari ladang hingga ke meja makan.
"Semasa proses rantaian makanan berjalan, keselamatan makanan merupakan aspek paling penting dalam memastikan bekalan makanan yang bermula dari ladang bebas daripada segala penyakit dan bahan kimia terlarang agar produk akhir yang terhasil adalah selamat untuk diedarkan kepada pengguna.
“Pengurusan perladangan unggas yang tidak mengamalkan amalan perladangan yang baik terutamanya dari segi kebersihan boleh menjadi punca utama penularan penyakit (zoonatik kepada manusia),” kata Dr Norlela.
RUU Perladangan unggas dibawakan Dr Norlela |

0 Comments