BEKAS Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan cadangan undian awal dan memperluas undi pos dalam prosedur operasi standard (SOP) baru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.
Melalui satu kenyataan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol Chew Chong Sin, Maria berkata PRK itu merupakan satu percubaan terbaik untuk menggunakan sistem undian awal dan undi pos tersebut bagi pilihan raya dalam keadaan pendemik.
“Dengan sistem pengundian awal, pengundi-pengundi di luar negeri, luar daerah malahan luar negara dapat mengundi di pusat mengundi tempatan khas yang ditetapkan, contohnya di Kuala Lumpur.
“Dengan ini, hak asasi bagi seorang pengundi untuk mengundi akan dapat dijamin,” katan Ahli Parlimen Petaling Jaya itu.
Maria dan Chew sebelumnya mengulas kenyataan Pengarah SPR Abdul Ghani Salleh yang berkata bahawa pihaknya telah mengambil kira tiga cadangan SOP baru untuk dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu tidak boleh merentas negeri, tiada perhimpunan ramai ketika berkempen dan tiada lawatan rumah ke rumah.
“Jika tidak dilaksanakan bersama sistem undi awal dan memperluaskan undi pos, cadangan tidak boleh merentas negeri, sempadan negeri atau daerah bukan satu syor yang sesuai, malahan telah bercanggah dengan hak asasi rakyat.
“Di bawah perlembagaan, setiap pengundi berhak mengundi; mengikut Akta Pilihan Raya, SPR ada kuasa untuk membenarkan sesiapa pun menjadi pengundi pos.
“Sebagai institusi pengurusan tertinggi pilihan raya, SPR seharusnya berusaha untuk menjamin hak mengundi setiap pengundi,” tambah Maria lagi.
SPR menetapkan tarikh Dis 5 untuk tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 23 Nov dan undi awal Dis 1. PRK Batu Sapi diadakan ekoran kematian ahli parlimennya Liew Vui Keong dari Warisan pada 2 Okt lalu.
Beberapa parti sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding dan memberi laluan kepada calon Warisan untuk menang, namun Bersatu masih belum membuat keputusan.
Sementara itu, Maria turut berkata, tempoh lanjutan harus dilanjutkan kepada tempoh terpanjang yang dibenarkan di bawah Akta Pilihan Raya, supaya kertas undi sempat dicetak dan diedarkan ke semua pusat mengundi khas di seluruh Malaysia.
Tempoh yang lebih panjang juga dapat memberi masa kepada pengundi untuk mengambil dan mengundi di pusat mengundi khas sepanjang tempoh kempen.
“Mengikut Akta Pilihan Raya, pilihan raya harus diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran. Oleh demikian, dalam pilihan raya yang akan datang, tempoh berkempen harus diperlanjutkan oleh SPR sekurang-kurangnya 30 hari supaya sistem mengundi awal, mengundi secara pos di luar negara dapat dijalankan dengan lancar dan tahap pencegahan wabak Covid-19 dapat dipatuhi,” katanya lagi.
Sekiranya lawatan dari rumah ke rumah tidak dibenarkan, mereka turut mencadangkan agar SPR bekerjasama dengan saluran media kerajaan dan swasta, terutamanya televisyen dan radio menjelang pilihan raya demi memastikan semua calon diberikan peluang siaran di media kerajaan dan swasta yang adil untuk menyampaikan pandangan dan falsafah politik mereka.
Melalui satu kenyataan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol Chew Chong Sin, Maria berkata PRK itu merupakan satu percubaan terbaik untuk menggunakan sistem undian awal dan undi pos tersebut bagi pilihan raya dalam keadaan pendemik.
“Dengan sistem pengundian awal, pengundi-pengundi di luar negeri, luar daerah malahan luar negara dapat mengundi di pusat mengundi tempatan khas yang ditetapkan, contohnya di Kuala Lumpur.
“Dengan ini, hak asasi bagi seorang pengundi untuk mengundi akan dapat dijamin,” katan Ahli Parlimen Petaling Jaya itu.
Maria dan Chew sebelumnya mengulas kenyataan Pengarah SPR Abdul Ghani Salleh yang berkata bahawa pihaknya telah mengambil kira tiga cadangan SOP baru untuk dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu tidak boleh merentas negeri, tiada perhimpunan ramai ketika berkempen dan tiada lawatan rumah ke rumah.
“Jika tidak dilaksanakan bersama sistem undi awal dan memperluaskan undi pos, cadangan tidak boleh merentas negeri, sempadan negeri atau daerah bukan satu syor yang sesuai, malahan telah bercanggah dengan hak asasi rakyat.
SPR digesa cuba undi pos |

0 Comments