MENTERI BESAR Selangor, Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa Selangor kehilangan rizab bernilai lebih RM1 bilion selepas tahun 2014.
Dipetik laporan Sinar, Amirudin berkata, wang berkenaan digunakan dalam peruntukan kerajaan negeri bagi melaksanakan beberapa projek infrastruktur.
Menurutnya, sebelum ini pihaknya terpaksa melakukan penjajaran semula beberapa program berikutan penggunaan wang berkenaan dilihat tidak mampan bagi pelaksanaan inisiatif seperti Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) dan lain-lain.
"Banyak yang kita laksanakan (menggunakan wang itu) tertumpu kepada pembangunan infrastruktur. Antaranya seperti pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang yang menelan belanja RM700 juta.
"Kalau (wang itu digunakan) untuk infrastruktur, ia akan bertahan dan boleh menjana pendapatan demi keselesaan penduduk," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) secara maya di Bilik Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini.
Amiruddin menjawab soalan Najwan Halimi |
0 Comments