Hasil k'jaan meningkat era HARAPAN


HASIL kerajaan persekutuan ketika era Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah meningkat sebanyak 13.5% berbanding tahun 2018.

Menurut kenyataan ketua audit negara mengenai Laporan Ketua Audit Negara pada 2019 hasil kerajaan berjumlah RM264.415 bilion iaitu meningkat sejumlah RM31.532 bilion.

Perbelanjaan mengurus yang diluluskan pada tahun lepas berjumlah RM260.547 bilion, manakala perbelanjaan sebenar berjumlah RM263.343 bilion.

‘’Perbelanjaan kerana hutang negara (faedah, dividen, dan lain-lain kenaan bayaran) adalah berjumlah RM32.933 bilion atau 12.5% daripada perbelanjaan mengurus.

“Perbelanjaan ini meningkat sejumlah RM2.386 bilion atau 7.8% berbanding tahun 2018 yang berjumlah RM83.050 bilion kerana tidak dibajetkan di bawah peruntukan mengurus, tetapi dibayar secara terus daripada Akaun Pinjaman Disatukan,’’ kata  Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.

Dipetik laporan FMT, Ketua audit negara turut berkata, analisis audit mendapati kerajaan persekutuan mengalami defisit berjumlah RM51.370 bilion dengan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 3.4%.

“Defisit tersebut ditampung dengan pinjaman baru berjumlah RM138.559 bilion dan daripada jumlah pinjaman tersebut, RM83.05 bilion atau 59.9% digunakan untuk membayar balik hutang matang.

‘’Hutang persekutuan berjumlah RM792.998 bilion, meningkat 7% berbanding RM741.094 bilion pada 2018, nisbah hutang kepada KDNK ialah 52.5%,” katanya.

Hasil k'jaan meningkat pada 2019
Katanya, sebanyak 96.4% hutang persekutuan adalah hutang dalam negeri dan hanya 3.6% hutang luar negeri, keseluruhan hutang dan liabiliti persekutuan pada 2019 adalah RM1.080 bilion.


Sementara itu, pengauditan terhadap penyata kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir Dis 2019 mendapati kesemua 13 penyata kewangan kerajaan negeri diberi Pendapat Tanpa Teguran.

Analisis audit menunjukkan kesemua penyata kewangan tersebut menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri dan rekod perakaunan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.
 

Post a Comment

0 Comments