K'jaan digesa tingkat kemudahan penunggang motosikal


AKTIVIS
sosial , Tan Sri Lee Lam Thye meminta kerajaan persekutuan menyediakan laluan khusus untuk motosikal di jalan raya sebagai usaha menyelamatkan nyawa ribuan penunggang dan pembonceng motosikal di seluruh negara.

Dipetik laporan Bernama, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat itu berkata, perhatian tidak diberikan kepada isu besar berkaitan keselamatan jalan raya yang melibatkan golongan itu.

"Ia melibatkan keselamatan penunggang motosikal iaitu kategori pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada kemalangan maut dan dari tahun ke tahun telah mengorbankan ribuan nyawa rakyat Malaysia yang sebahagian besar adalah golongan belia," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau berharap, penyediaan laluan motosikal berasingan terutamanya di kawasan pusat bandar, boleh dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 yang akan bermula tahun depan,

"Contoh terbaik laluan yang dapat menyelamatkan nyawa ialah seperti di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dari Petaling Jaya ke Shah Alam hingga ke Klang.

"Lebuhraya Persekutuan adalah salah satu laluan trafik paling sibuk setiap masa, namun berdasarkan statistik, purata hanya sekitar dua kemalangan maut melibatkan motosikal direkodkan setiap tahun," tambahnya.

Bagi merealisasikan usaha itu jelasnya, kerajaan boleh bermula dengan memastikan penunggang motosikal hanya menunggang di lorong sebelah kiri lebuh raya dan jalan raya dengan dua garisan selari memisahkan mereka dengan kenderaan lain sebelum membina laluan khusus bagi golongan tersebut.

Mahu isu keselamatan diberi perhatian
"Sebagai langkah awal bagi mengurangkan perbelanjaan besar untuk menyediakan laluan motosikal berasingan di seluruh negara, pihak berkuasa seperti Kementerian Pengangkutan dan polis perlu ," katanya.

Sementara itu beliau turut menggesa undang-undang mengehadkan had laju motosikal turut digubal.

 

Post a Comment

0 Comments