BEKAS ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Lokman Adam ditahan polis malam tadi ketika bersiaran membincangkan mengenai Belanjawan 2021 di laman Facebooknya.
Pada minit-minit akhir video berdurasi 28 minit itu, Lokman memberitahu penonton siarannya bahawa beberapa pegawai polis datang menghampirinya.
"Malam ini saya didatangi beberapa anggota polis. Saya tidak tahu apa benda yang mereka mahukan. Jadi saya rasa malam ini cukuplah. Diorang (polis) dah tunggu lama dah, " katanya.
Dia dipercayai ditahan ketika berada di restorannya yang terletak berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam.
Ditahan dibawah Seksyen 506 |
Sebagai rekod, Seksyen 506 adalah berkaitan ugutan jenayah. Difahamkan, Lokman turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana menghina.
Untuk rekod, Lokman yang dikenali sebagai antara penyokong kuat bekas perdana menteri, Najib Razak sebelum ini antara pemimpin Umno yang lantang mengkritik pentadbiran Muhyiddin yassin.
Sementara itu, pada catatan itu juga, Lokman merayu seorang peguam dihantar ke jabatan penyiasatan unit rahsia di ibu pejabat polis Bukit Aman bagi membantunya.
0 Comments