SEBUAH lagi kesatuan mewakili pekerja menyokong supaya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 caruman mereka
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) melihat langkah itu penting bagi meringankan beban ekonomi dihadapi golongan pekerja di negara ini susulan pendemik Covid-19.
Setiausaha Agungnya Mohammad Rizan Hassan berkata pengeluaran wang itu dapat membantu golongan pekerja khasnya di sektor perkilangan yang kini tidak lagi dapat membuat 'kerja lebih masa' termasuk mereka yang terpaksa diberhentikan akibat penutupan atau pengecilan operasi kilang.
Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa secara terbuka mengkaji semula cadangan pengeluaran caruman itu.
Timbalan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan bahawa sekiranya kerajaan enggan membenarkan pencarum mengeluarkan caruman mereka, ia dibimbangi akan mendorong golongan tersebut meminjam dengan pemberi pinjaman tidak berlesen (ah-long) disebabkan terhimpit untuk meneruskan kehidupan harian.
“MTUC berpendapat daripada mereka meminjam, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut.
“Kaedah ini dapat mengurangkan beban ekonomi pekerja terhadap pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak mahupun kegunaan perbelanjaan kehidupan harian," katanya.
Pengeluaran dapat ringankan beban |
Sementara itu, semakan di sebuah portal menyatakan, berdasarkan data tahun 2016, lebih 10.9 juta pencarum KWSP tidak membuat penamaan.
Ianya melibatkan nilai caruman tidak dituntut sebanyak RM232.7 bilion.
Difahamkan, sekiranya wang caruman tidak dituntut, ia akan disimpan di KWSP sehingga ahli mencapai umur 100 tahun sebelum kemudiannya dipindah ke Pendaftar Wang Tak Dituntut.
Bagaimanapun data itu tidak dapat disahkan.
0 Comments