Petugas Parlimen positif, sidang tamat awal hari ini


SIDANG
Dewan Rakyat yang bermula hari ini dipendekkan dan akan tamat pada 1 tengah hari.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, keputusan memendekkan masa bersidang itu dibuat selepas kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19, kata

Dipetik laporan beberapa portal tempatan, keputusan itu telah dipersetujui semua ketua whip dalam pertemuan bersama Speaker Dewan, Azhar Azizan Harun pagi tadi.

“Majlis mesyuarat akan disambung semula pada 10 pagi esok,” katanya di Dewan Rakyat.

Sebagai rekod, Sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14  dijadualkan berlangsung selama 27 hari.

Mengikut aturan Dewan, Muhyiddin Yassin sepatutnya menjawab lisan soalan-soalan berkenaan Covid-19, termasuk impak ekonomi Covid-19 terhadap individu, isi rumah dan syarikat perniagaan.

Petugas didapati positif Covid-19
Ahli Parlimen Pagoh itu yang dijangka akan berdepan usul tidak percaya dari 25 Ahli Parlimen juga sepatutnya menjawab secara lisan berkenaan isu sama ada kerajaan akan meminda Perlembagaan atau mewujudkan rang undang-undang khusus bagi membolehkan pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik.

Persidangan kali ini juga menjadi tumpuan kerana Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dijadual membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.



Post a Comment

0 Comments