MALAYSIA mencatatkan jumlah harian kes baharu berkaitan Covid-19 hampir mencecah 1.000 kes hari ini apabila sebanyak 957 kes baru direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua kes yang dilaporkan hari ini adalah penularan dalam negara.
“Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 644 kes diikuti Selangor 225 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu menurutnya, negeri yang turut merekodkan kes positif adalah Pulau Pinang dengan 23 kes, Labuan (18 kes), Terengganu (15 kes), Sarawak (11 kes), Negeri Sembilan (8 kes), Perak (5 kes), Kuala Lumpur (4 kes), Kedah, Melaka, Johor dan Putrajaya masing-masing 1 kes.
Dengan perkembangan itu, Malaysia kini mencatatkan jumlah keseluruhan kes dikesan ialah sebanyak 32,505 kes.
Menurut Dr Noor Hisham lagi, ketika ini terdapat 10,036 kes aktif yang sedang dirawat. 97 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.
32,505 kes dilaporkan di Malaysia |
Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan , jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 249 kes.
0 Comments