Disebalik kritikan, K'jaan PN rancang lanjut PKPB


KERAJAAN 
bakal mengkaji keperluan melanjutkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Yusof di Dewan rakyat hari ini.

Menurutnya PKPB dilaksanakan berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan di setiap kawasan terbabit termasuk mengambil kira jumlah kes positif dan kadar kebolehjangkitan dalam lokaliti berkenaan.
 
“Pada masa sama, tindakan membendung penularan perlu kita laksanakan bagi mencegah dan mengurangkan kes Covid-19 seminimum yang boleh atau sehingga sifar kes melalui PKPB,” katanya di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat dasar, Redzuan berkata kerajaan juga sentiasa mengambil maklum keperitan rakyat dalam menempuhi kemerosotan ekonomi akibat wabak.

“Oleh itu, SOP sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa dan ditambah baik mengikut keperluan rakyat,” katanya.

Sebelum ini kerajaan dikritik susulan kekeliruan yang timbul dari PKPB. Ia ekoran beberapa SOP yang bercanggah antara satu kementerian dengan kementerian lain.

K'jaan rancang lanjut PKPB
Pada awal Oktober lalu, seorang pemimpin Kerajaan Selangor membidas tindakan tidak profesional Perikatan Nasional (PN) mengumumkan PKPB di Klang tanpa berunding dengan kerajaan negeri.


BACA:Exco Selangor bidas tindakan tak profesional Putrajaya
BACA: PKPB tak selesai masalah Covid, kata kumpulan perubatan 

BACA: Khalid Samad dakwa PKPB ada kaitan PRU15


Manakala Akademi Perubatan Malaysia (AMM) serta Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial pula menegaskan bahawa PKPB tidak akan menyelesaikan krisis Covid-19  sebaliknya hanya mampu mengurangkan kes buat sementara.


Post a Comment

0 Comments