Parlimen bukan tempat dengar kuliah menteri - Anwar


KETUA pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal format baru pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021) yang menghadkan masa hanya 20 minit bagi sesi soal jawab menteri.

Anwar menggesa Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun melanjutkan masa dan ketetapan yang hanya membenarkan 80 Ahli Pparlimen berada dalam dewan ditarik balik selepas Azhar Harun memaklumkan format baru itu.

Tegas Anwar yang merupakan Ahli Parlimeh Port Dickson itu, sekiranya had itu tidak ditarik balik, hanya akan menyebabkan parlimen tidak berfungsi dengan cara sepatutnya.

"Menteri beri penjelasan, terima kasih. Tapi Ini bukan nak dengar kuliah menteri. Parlimen ini tempat perbahasan. Kalau kita tak benarkan masuk, tunggu dia baca executive summary 20 minit, kemudian baca teks, tak payah jadi ahli parlimen.

"Tuan speaker saya percaya faham peranan parlimen terutama masa jawapan menteri - membahas, mencelah, mempertikai, mempersoal. Ini tidak mungkin berlaku dalam masa 20 minit.

"Beri kelonggaran sedikit supaya lebih daripada 80 (anggota parlimen) boleh masuk (ke dewan) dan waktu untuk menteri ditambah supaya ada pencelahan.

"Kalau tidak, parlimen does'nt work in this manner (tidak berfungsi dengan cara ini).

"Menteri beri jawapan executive, no questions asked, no time dan kemudian yang lain boleh baca di rumah. This is not the spirit (Ini bukan semangat) yang patut dihormati oleh parlimen ," tegasnya.

Mengapa Ahli Parlimen tak boleh kerja 8 jam?

Sementara itu dipetik laporan Malaysiakini, Menteri Undang-Undang dari parti PAS, Takiyuddin Hassan mempertahankan format baru dengan alasan kononnya sidang parlimen dipendekkan berdasarkan nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) mempertikaikan peraturan berkenaan memandangkan langkah berjaga-jaga bagi mencegah Covid-19 telah diambil.

Bekas menteri kesihatan itu berkata semua anggota Parlimen sudah menjalani saringan Covid-19 menerusi ujian RT-PCR setiap dua minggu.

Selain dewan dibersihkan secara berkala, anggota parlimen juga duduk menjauhi antara satu sama lain, manakala setiap daripada mereka dipisahkan dengan skrin plastik.

Anwar mahu sekatan ditarik balik
"Menteri bercakap dalam jarak jauh dalam satu dewan yang telah pun disanitasi." Saya mempertikaikan kenapa kita dikekang, seorang menteri hanya diberikan 20 minit. Ia tak berpandukan Sains dan evidence based medicine," katanya.

Seorang lagi Ahli Parlimen pembangkang, Teo Nie Ching (Kulai) juga mempersoalkan alasan di sebalik had masa dan tempoh sidang parlimen yang dipendekkan.

"Rakyat jelata di luar mereka bekerja berapa jam? Kalau mereka boleh kerja 8 jam kenapa ahli parlimen tak boleh. Kita sepatutnya yang berkhidmat

"Kita datang sini kerja empat jam dan dapat elaun untuk sepanjang hari. Saya rasa ini satu contoh yang sangat buruk," katanya.

Post a Comment

0 Comments