Tun M tak sedar dah tak sehebat dulu


BEKAS  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyedari beliau sudah tidak sehebat dulu, kata seorang pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK).

Razeef Rakimin yang merupakan Ketua Penerangan AMK Sabah berkata, Dr Mahathir menuding jari kepada semua pihak dan kali ini berkaitan isu kegagalan mengambil alih kerajaan yang dipilih oleh rakyat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bahkan pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih terus menuding jari kepada semua pihak terhadap masalah yang dihadapi termasuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mahathir sudah tidak gah seperti dahulu. Anwar tidak menyerang Mahathir sebaliknya beliau hanya melakukan kerja sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Komited beliau terhadap tanggungjawab boleh dilihat apabila beberapa duta besar negara luar bertemu untuk membincangkan pelbagai isu, " katanya.

Tun M serang pelbagai pihak - Razeef


Menurutnya lagi, berbanding Tun Mahathir, Anwar diyakini berjaya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan ia terbukti melalui kenyataan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri yang menyebabkan pertelingkahan besar antara UMNO dan Bersatu.


"Kita yakin pilihan rakyat pada 2018 lalu pasti akan mengemudi kepimpinan negara dalam masa terdekat melalui sidang Parlimen tanpa perlu mengatur langkah seperti kerajaan pintu belakang PN," katanya.

Post a Comment

0 Comments