PENGARAH Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad mendakwa perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diperluaskan hampir ke seluruh Semenanjung ada kaitan dengan persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dipetik laporan Malaysiadateline, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, ramai beranggapan PRU15 akan dilaksanakan beberapa bulan selepas pembentangan Belanjawan 2021.
“Ada yang kata PKPB ada tujuan politik nak halang pergerakan dalam persiapan untuk menghadapi PRU15.
“Ramai beranggapan kalau Belanjawan 2021 diluluskan sekali pun, dua, tiga bulan selepas itu akan bubar dan buat pilihan raya.
“Kalau tidak lulus begitu juga, akan ada pilihan raya. Maka, dengan adanya PKPB ini suasana sosial, pergerakan, penerangan, majlis akan jadi terhad dan disekat,” katanya dipetik.
Khalid turut berpendapat bahawa PKPB yang dimulakan bermula 9 November lalu dilaksanakan secara sewenang-wenangnya.
Beliau turut berpandangan PKPB adalah rentetan daripada penolakan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu terhadap permohonan Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 Oktober lalu untuk mengisytiharkan darurat.
“Padahal, ada daerah di Selangor dan Johor tiada kes positif Covid-19. Orang semua terperanjat kenapa kerajaan buat cara mudah seolah-olah ada orang sakit kaki terus habis dipotong.
“Itu penyelesaian yang malas. Malas nak kaji, kenal pasti mana kawasan yang benar-benar bermasalah untuk kawasan itulah patut diberi tumpuan dan sekatan.
“Itulah sebabnya dia nak buat darurat pun. Ada teori mengatakan dia nak darurat kerana ada tiga negeri yang dia tidak dapat kuasai iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan,” jelasnya.
Sehubungan itu, Khalid menempelak gesaan usah berpolitik di pihak kerajaan ketika negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) iaitu Johor, Melaka, Perak, Kedah dan Sabah jatuh kepada Perikatan Nasional (PN) sama ada melalui lompat parti dan khianat.
Khalid dakwa PKPB ada kaitan dengan PRU |
“Cakap jangan politik tapi sebenarnya matlamat dia adalah politik. Itu sebab ada peruntukan besar untuk Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas) sebagai propaganda kerajaan walaupun dia nafi,” tegas pemimpin lantang itu lagi.
0 Comments