King Sing patut tanya apa menteri buat - AMK S'wak


SAYAP pemuda Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak membuat gesaan supaya Ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing segera mengakui kesilapan dan memohon maaf kerana membuat kenyataan tidak sepatutnya terhadap Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) negeri, Saifunnizam Sam, kenyataan dibuat Duta Khas Perdana Menteri ke China itu keterlaluan dan seolah-olah mengambarkan KinG Sing seperti tidak peka terhadap situasi semasa.

“Tiong harus berada di bumi yang nyata, apa dan siapakah punca kenaikan mendadak kes Covid-19 kebelakangan ini. Suka untuk saya ingatkan peningkatan kes positif Covid-19 kali ini bermula dengan tindakan kawan-kawan pengkhianat dan kerajaan pintu belakang beliau yang cuba untuk merampas Kerajaan Negeri Sabah.

“Sekarang bukan masa untuk menunding jari tetapi bukan juga untuk membutakan mata dan mendiamkan fakta yang terjadi.

Tambahnya, kenyataan dilempar King Sing di Parlimen kononnya Dr Nor Hisham tidak turun ke lapangan adalah dangkal kerana telah sedia maklum Dr.Nor Hisham bekerja keras bersama dengan barisan ‘frontliners’ yang lain sejak awal pandemik Covid-19.

Pemimpin kerajaan itu tegasnya seharusnya mempersoal apa peranan telah dimainkan Menteri Kesihatan dan timbalannya dalam menangani pandemik Covid-19 selain daripada memberi nasihat untuk minum air suam.

“Begitu juga kemanakah hilangnya dua Timbalan Menteri Kesihatan yang sehingga kini masih ramai lagi tidak tahu kewujudan mereka.

“Malah, Tiong juga harus bertanyakan kepada kerajaan yang mana beliau merupakan sebahagian daripadanya, mengapa telah berkali-kali melepaskan tanggungjawab politik dan mengelak daripada akauntabiliti terhadap keputusan mereka sendiri,” soal Saifunnizam.

Tiong Sing ketika berbahas Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini menuduh Pengarah Kesihatan, Dr. Nor Hisham sebagai ‘takut mati'.

Kenyataan itu mendapat reaksi kurang senang dikalangan masyarakat yang menganggap Dr Noor Hisham sebagai tulang belakang negara dalam memerangi Covid-19.

AMK S'wak mahu King Sing mohon maaf


Sementara itu tambah Saifunnizam, tanggungjawab yang harus dipikul oleh ahli politik dan Menteri-Menteri juga telah dibebankan kepada pegawai kerajaan seperti Dr.Nor Hisham.


Ujarnya, kerajaan sedia ada hanya akan menuntut kredit atau pencapaian yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tetapi dalam masa sama akan menjadikan pegawai-pegawai sebagai ‘kambing hitam’ sekiranya berlaku sebarang kegagalan.


Post a Comment

0 Comments