CALON Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokart, Joe Biden semakin pasti akan mengalahkan calon Republikan Donald Trump.
Setakat pagi tadi, Biden mendapat 264 undi berbanding 214 yang memihak kepada Trump.
Agensi berita antarabangsa, AFP melaporkan, Biden, 77, cuma memerlukan kemenangan dari satu atau dua buah negeri lagi bagi mendapatkan 270 undi elektrotal yang diperlukan untuk menduduki Rumah Putih.
Kemaraan Biden dilihat sukar dicabar Trump, 74, yang memerlukan kemenangan di beberapa buah negeri bagi memastikan beliau kekal berkuasa.
Biden hanya memerlukan 6 lagi undi |
"Proses sedang berjalan. Pengiraan undi sedang dilakukan dan kita akan ketahui tidak lama lagi," katanya.
Biden dalam kempennya sebelum ini yang berjanji untuk memulihkan negara AS yang telah dicemari dengan perpecahan rakyat selama empat tahun Trump berkuasa.
0 Comments