Wajib tunai janji, Tun M perlu beri laluan pada Anwar


BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad boleh meredakan kemelut politiknegara dengan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam usahanya mengambil kembali mandat rakyat.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman berkata, langkah tersebut juga sekaligus memberi peluang untuk Dr Mahathir mengotakan janjinya sebelum ini bagi memberi laluan kepada Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri - sepertimana yang dipersetujui menjelang Pilihan Raya Umum (PRU14).

"Walaupun HARAPAN sudah tidak lagi memerintah, namun janji yang dimeterai masih boleh dicapai jika Mahathir menzahirkan sokongan terhadap Anwar.

"Sokongan tersebut memadai sebagai isyarat bahawa Mahathir seorang yang menepati janjinya," katanya dalam kenyataan.

Syed Badli berkata lagi, jika Mahathir menunjukkan sikap sebaliknya, dia akan dilihat sebagai seorang yang mungkir janji dan tidak boleh dipercayai.

"Sebagai legenda politik tanah air, tentu namanya akan tercemar jika Mahathir dilihat sebagai seorang pemimpin yang gagal menepati janji," katanya lagi.

Tun M mesti beri laluan kepada Anwar
Peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar merupakan antara isu utama sepanjang 22 bulan pentadbiran HARAPAN.

Dr Mahathir dalam banyak wawancara sebelum ini menegaskan bahawa beliau berniat untuk berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga menegesakan bahawa beliau tidak mahu menjadi pemimpin yang mengkhianati janji. Walau bagaimanapun, pendirian sebenar Dr Mahathir dalam isu tersebut terserlah sejak kebelakangan ini apabila bukan sahaja memperlekeh usaha Anwar mengambil mandat rakyat, malah tidak mahu memberi laluan untuk pemimpin reformasi itu dilantik sebagai perdana menteri.


Semalam, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dianggotai hanya 5 Ahli Parlimen mencadangkan agar Mahathir sekali lagi menjadi perdana menteri sehingga PRU15, di tengah-tengah usaha Anwar menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru.

Malah dalam percaturan politik yang samar kebelakangan ini, Mahathir turut dispekulasi bekerjasama dengan bekas pesaingnya, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah bagi sekali lagi menghalang usaha Anwar menjadi perdana menteri.
 

Post a Comment

0 Comments