Berhenti beri alasan, moratorium perlu dikembalikan


KESATUAN Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank Malaysia (NUBE) mengingatkan kerajaan supaya berhenti memberi alasan untuk tidak mengembalikan pelaksanaan moratorium menyeluruh ke atas bayaran balik pinjaman.

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon menegaskan, rakyat di negara ini bakal berdepan cabaran besar ekonomi berikutan pandemik Covid-19 sekiranya langkah itu tidak dipenuhi, namun kerajaan dilihat tidak memberi perhatian kepada perkara itu apabila memberi alasan bahawa moratorium pinjaman bersasar sedia ada, dengan pelbagai syaratnya, adalah mencukupi.

“Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Puluhan ribu pekerja berpendapatan rendah yang terus berpaut mempertahankan pekerjaan mereka tidak mampu membayar hutang kerana pendapatan isi rumah mereka berkurang atas beberapa faktor.

“Malangnya mereka tidak layak mendapat moratorium bersasar dan mungkin gagal membayar hutang melainkan kerajaan bersedia membuat perubahan dan mendengar keluhan mereka,” kata Solomon dalam kenyataan.

Melalui kenyataan sama, Solomon mendesak langkah motorium dilaksana segera sebelum rakyat terutama golongan berpendapatan rendah serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dikenakan pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) baru-baru ini menerima kesan lebih teruk.

“NUBE yakin wujud sokongan meluas bagi lanjutan itu kerana kemerosotan ekonomi susulan Covid-19 memberi kesan buruk ke atas kehidupan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kumpulan B40 dan M40 serta PKS,” katanya.

Kelewatan kerajaan dalam memutuskan isu tersebut yang mampu meringankan beban rakyat tambahnya hanya akan “lebih memarakkan api kemarahan rakyat”.

K'jaan digesa beri alasan
“Kerajaan mesti tidak boleh menunggu sehingga PKPB memberi kesan ke atas jutaan rakyat yang memerlukan bantuan segera,” katanya, dengan menambah bahawa

“Lagipun, punca peningkatan kes dan tindakan mengenakan PKPB berkait rapat dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang tercetus kerana perebutan kuasa.” tegas Solomon sambil menyatakan bahawa langkah moratorium menyeluruh selama 3 bulan tidak akan membebankan bank.

“Moratorium ini hanya akan menunda bayaran hutang bernilai RM6 bilion. Ia hanya sebahagian daripada keuntungan sebanyak RM32 bilion yang dijangka diperolehi bank pada 2019 selepas ditolak cukai keuntungan," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments