MUHYIDDIN Yassin
digesa meletak jawatan sebagai perdana menteri setelah gagal menangani
penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin teruk.
Ketua
penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, Muhyiddin tidak
mempunyai inisiatif atau pelan yang ampuh bagi mengekang penularan wabak
itu, selain hanya mampu membuat perutusan yang tidak memberi sebarang
manfaat kepada rakyat.
”Dalam bulan ini saja, sebanyak 8,403 kes
positif dilaporkan dan jumlah ini sama dengan jumlah 6 bulan pertama
sejak wabak ini melanda.
”Negeri paling teruk terjejas sudah
tentunya negeri Sabah yang dalam tempoh 17 hari ini, sebanyak 4,860 kes
baru dicatatkan atau 58% daripada jumlah kes di Malaysia, selain
mencatat 40 kematian setakat ini.
”Walaupun dinafikan, namun
hakikatnya lonjakkan kes ini berpunca daripada pilihan raya negeri (PRN)
dan kebanyakan kluster baru wujud sejak September lalu.
“Walaupun diberi pelbagai nama, namun semuanya berpunca daripada PRN,” katanya dalam kenyataan.
Dewan
Undangan Negeri Sabah dibubarkan pada penghujung Julai lalu susulan
berlakunya krisis politik di negeri itu yang menyaksikan bekas Ketua
Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk
membentuk kerajaan negeri.
Langkah pembubaran DUN itu bagi menyekat cubaan rampasan kuasa dan memulangkan semula mandat pemerintahan kepada rakyat.
Pada
akhir bulan Julai, negara mencatatkan kes baharu dengan satu angka
dengan keseluruhan kes positif di negara ini mencatatkan angka kurang
9,000 orang dengan kadar sembuh sebanyak yang tinggi.
Bagaimanapun
semalam, selepas beberapa minggu kempen PRN Sabah diadakan malaysia
mencatatkan jumlah tertinggi kes harian pernah dilaporkan dengan 869 kes
baru dengan direkodkan meningkat kepada 19,627 kes dan 180 kematian.
”Ketika
kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mengekang penularan
Covid-19, Muhyiddin sibuk menggulingkan kerajaan sehingga berlaku
lonjakan kes berpanjangan hingga ke hari ini.Muhyiddin digesa letak jawatan
”Selain itu, ketika
kerajaan Sabah berusaha mengekang penularan wabak sama di negeri ini,
Perikatan Nasional menerusi Hamzah sibuk ulang-alik untuk menarik Adun
dari Sabah bagi tujuan menggulingkan kerajaan negeri yang dipimpin
Warisan Plus.
”Malaysia memerlukan seorang perdana menteri yang
boleh memimpin, bukan seorang ‘abah’ yang hanya tahu membuat perutusan
khas,” katanya.
”Sekali lagi saya menggesa perdana menteri dan
menteri dalam negeri untuk mengambil tanggungjawab penuh seperti anak
jantan dengan melepaskan jawatan atas kegagalan mereka serta kegilaan
untuk mengguling kerajaan ketika negara berdepan wabak Covid-19,"
tegasnya.
0 Comments