PELUMBA Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT)- Fabio Quartararo sekali lagi merangkul petak utama pada sesi kelayakan GP Aragon di Litar Aragon Sepanyol.
Pada sesi kelayakan semalam, Quartararo yang masih mendahului kedudukan keseluruhan perlumbaan mempamerkan tunggangan sensasi selepas mencatatkan masa terpantas 1 minit 47.076 saat.
Ia kejayaan kali keempat bagi Quantararo, mengungguli petak utama setelah melakukannya dua kali berturut-turut di GP Sepanyol dan GP Andalusia di Litar Jerez, selain di GP Perancis di Litar Le Mans.
Bagaimanapun sewaktu sesi latihan ketiga semalam, pelumba Perancis berusia 21 tahun itu terlibat dalam kemalangan dan telah dikejarkan ke pusat perubatan. Namun diisytiharkan sihat oleh pegawai perubatan, selepas tidak mengalami sebarang kecederaan teruk pada dirinya.
"Sejujurnya selepas kemalangan (sebelah pagi), saya fikir saya tidak akan dapat berlumba pada sebelah petang (sesi kelayakan). Bila saya jatuh saya rasa amat sedih.
Petak utama ke-4 bagi Quartararo |
Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales dari Perancis dan pelumba Great Britain Cal Crutchlow dari LCR Honda Castrol, masig-masing akan memulakan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga selepas mencatatkan masa 1:47.122 saat dan 1:47.305 saat.
Rakan sepasukannya Franco Morbidelli, akan memulakan perlumbaan di tempat ke-empatselepas mencatatkan masa 1 minit 47.317 saat, manakala pelumba Valentino Rossi yang menunggang untuk Monster Energy Yamaha tidak berlumba selepas disahkan positif Covid-19 sebelum ini.
0 Comments