SEORANG pemimpin senior, Dr Syed Husin Ali percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal memegang keputusan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk tidak bekerjasama dengan pemimpin Umno yang berdepan kes rasuah di Mahkamah.
Syed Husin yang dipetik Malaysiakini berkata begitu sebagai mengulas usaha Presiden KEADILAN itu mengembalikan mandat rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Pengasas bersama Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu berkata, HARAPAN yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan Amanah telah memutuskan bahawa sebarang pembentukan kerajaan baru tidak akan melibatkan anggota parlimen Umno yang didakwa terlibat kes rasuah.
"Itu keputusan HARAPAN. Anwar akan bersama dengan keputusan HARAPAN. HARAPAN boleh bekerjama dengan Umno secara individu - ahli-ahli umno yang tak semestinya dengan Umno secara keseluruhan," kata Dr Syed Husin dipetik.
Syed Husin yakin pada Anwar |
Surat itu yang mula tular siang tadi bagaimanapun disahkan palsu.
Untuk rekod, desas-desus bahawa Anwar akan mengambil semula mandat rakyat mula tercetus selepas satu sidang medi pada 23 Sept lalu yang mendakwa Ketua Pembangkang itu memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru.
Beberapa jam selepas pengumuman itu, Zahid mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan terdapat ramai ahli parlimen Umno memberi sokongan kepada Anwar dan parti itu tidak dapat menghalang mereka.
Umno baru-baru ini mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan sebaliknya memberikan syarat baru kepada gabungan itu bagi meneruskan kerjasama politik.
0 Comments