Suzuki dominasi GP Aragon


PERLUMBAAN MotoGP yang berlangsung di litar Aragon, Sepanyol pada Ahad menyaksikan dominasi pasukan Suzuki Ecstar

Alex Rins merangkul gelaran sulung musim ini apabila mencatatkan masa 41:54.391s manakala rakan sepasukannya Joan Mir di tangga ketiga.

Sebagai rekod, ini adalah kemenangan pertama Rins dalam kelas MotoGP dan kemenangan kelapan daripada 10 perlumbaan musim ini.

Sementara itu, Alex Marquez yang menunggang untuk jentera Repsol Honda semakin menunjukkan keserasian bersama jenteranya. Adik kepada Juara dunia 8 kali, Marc Marquez itu menduduki tempat kedua dengan hanya ketinggalan 0.263s di belakang Alez Rins pada perlumbaan 23 pusingan itu.

Berakhir perlumbaan semalam, kedudukan juara keseluruhan bagi saingan MotoGP berubah lagi.

Pelumba Perancis yang menunggang untuk pasukan Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo menerima tamparan hebat dalam memburu kejuaraan sulung MotoGP Dunia musim ini.

Joan Mir menguasi kedudukan keseluruhan
Walaupun bermula selesa di petak hadapan, Quantararo gagal mengekalkan momentum dan hanya menduduki tempat ke-18 daripada 20 pelumba pada Grand Prix (GP) Aragon di Sepanyol.

Tiada kutipan mata berjaya diperoleh pelumba berusia 21 tahun itu pada perlumbaan semalam dan kedudukan keseluruhan kini dikuasai Joan Mir yang mengumpul 121 mata dan 115 mata berbanding Quartararo.

Sementara itu, dalam saingan Moto2, pelumba Petronas Sprinta Racing, Jake Dixon dari Great Britain mencapai keputusan terbaik musim ini dengan menduduki tempat keempat dengan catatan masa 39:42.500s manakala rakan sepasukan, Xavi Vierge dari Sepanyol hanya mampu menduduki tempat ke-16 daripada 27 pelumba dengan masa 39:59.949s.

Perlumbaan kelas itu dimenangi Sam Loves (EG0,0 Marc VDS) sementara Enea Bastianini (Italtrans Racing Team) di tempat kedua dan Jorge Martin (Red Bull KTM Ajo) ditempat ketiga.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah hanya menduduki tempat ke-19 daripada 27 pelumba demham mencatatkan masa 40 minit 00.963 saat pada perlumbaan 21 pusingan yang menyaksikan pelumba berusia 26 tahun itu gagal mengutip sebarang mata.

Dalam saingan Moto3, pelumba Petronas Sprinta Racing -- John McPhee dan Khairul Idham Pawi masing-masing menduduki tempat kelima dan ke-27.

Perlumbaan ke-12 akan diteruskan di litar sama iaitu GP Teruel dari 23 hingga 25 Okt ini.

Post a Comment

0 Comments