SATU lagi laporan polis terhadap Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan melakukan sogokan politik terhadap Tengku Razaleigh Hamzah difailkan.
Laporan polis itu dibuat Angkatan Muda Keadilan (AMK) kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di Sungai Petani hari ini.
Ketuanya, Mohammed Firdaus Johari berkata, ia berdasarkan paparan surat undi tidak percaya yang dimuat naik menerusi laman sosial Ahli Parlimen Gua Musang itu pada 14 Oktober lalu.
Tegasnya, dakwaan cuba memberi sogokan politik oleh perdana menteri itu telah menimbulkan persoalan berhubung pelanggaran perlembagaan dan undang-undang sedia.
Ia turut dilihat sebagai satu percubaan Ahli Parlimen Pagoh itu bagi mempertahan kelangsungan politiknya.
"AMK Kedah telah membuat laporan polis berasaskan kepada satu kenyataan dan surat usul undi tidak percaya yang dikeluarkan Tengku Razaleigh menerusi akaun Twitter dan Facebook milik beliau.
"Pada perenggan ketujuh beliau menyatakan dengan jelas telah ditawarkan jawatan penasihat Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) oleh perdana menteri," katanya Firdaus.

![]() |
Mahu Muhyiddin disiasat |
Difahamkan, sebelum ini, AMK Malaysia, AMK Johor, AMK Negeri Sembilan dan AMK Melaka telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Terdahulu, satu surat usul undi tidak percaya kepada perdana menteri bertarikh 25 September 2020 yang diserahkan Tengku Razaleigh kepada Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat telah dimuat naik di laman sosial wakil rakyat terbabit.
Razaleigh melalui suat berkenaan memaklumkan bahawa perdana menteri telah menawarkan jawatan GLC kepadanya.
Selain Razaleigh, sekurang-kurangnya 16 lagi Ahli Parlimen telah mengemuka usul undi tidak percaya kepada Presiden Bersatu itu yang kini mengetuai pentadbiran negara tanpa memiliki mandat rakyat melalui Pilihan raya.

0 Comments