MALAYSIA mencatatkan sebanyak 862 kes positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini, hari ketiga negara mencatatkan kes dilaporkan melebihi 800 kes sejak kelmarin.
Dengan pertambahan jumlah baru itu, kes keseluruhan berkaitan Covid-29 di negara ini kini berjumlah 22,225 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 860 daripada kes dikesan adalah kes penularan tempatan manakala 2 lagi kes import.
“Sabah terus mencatatkan negeri tertinggi iaitu 673 kes termasuk 231 kes dari Penjara Kepayan. Ia diikuti Selangor (132 kes), Kedah (17 kes) dan Perak (9 kes),” katanya pada sidang media hari ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 634 pesakit sembuh menjadikan secara keseluruhan bilangan pesakit yang sembuh dari wabak itu setakat kini adalah seramai 14,351 orang.
![]() |
Jumlah kes baru membimbangkan |
7,681 sedang menerima rawatan ketika ini dengan 95 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 29 daripadanya diberikan bantuan alat pernafasan.
0 Comments