ENAM pekerja sebuah kilang pelebur besi di Kawasan Perindustrian Prai dekat Pulau Pinang cedera selepas sebuah relau melebur besi meletup.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai Azrul Khairi Abu Bakar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.28 petang semalam.
Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik mereka menerima laporan tentang kejadian itu.
Tambah Azrul, kejadian berlaku di bahagian relau dalam bangunan 3 tingkat itu dan api dapat dipadamkan dalam masa kira-kira 15 minit. 30 peratus bahagian itu rosak akibat kebakaran.

![]() |
Enam pekerja cedera ringan |
"Kebakaran menyebabkan hampir 30 peratus kawasan kilang musnah yang melibatkan dapur melebur besi dan struktur.
"Kebakaran dapur tersebut telah dipadamkan oleh pekerja dan pasukan bomba membuat 'penyejukan' kepada besi yang sudah dileburkan. Pasukan forensik akan menyiasat punca kejadian ini esok selepas logam itu disejukkan secukupnya," katanya.
Difahamkan 6 pekerja terbabit yang berusia 40-an hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Difahamkan 6 pekerja terbabit yang berusia 40-an hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
0 Comments