LEGENDA MotoGP Valentino Rossi dikecam gara-gara tidak melakukan langkah perlu bagi mengelak jangkitan Covid-19 sehingga didakwa sebagai punca dia kemudiannya disahkan positif.
Pelumba Itali berusia 41 tahun itu dilapor terbang menaiki jet peribadi ke Perancis untuk menghadiri sambutan ulang tahun kelahiran ke-27 teman wanitanya Francesca Sofia Novello pada 13 oktober sebelum disahkan positif dua hari kemudian.
Pelumba pasukan KTM dari Sepanyol, Pol Espargaro rakan pelumba yang kuat mengkritik tindakan juara dunia sembilan kali itu.
Tegas Espargaro, semua pihak mempunyai tanggungjawab bagi memutuskan rantaian wabak itu dan perlu menyedari risiko sekiranya mereka tidak melakukan kuarantin.
![]() |
Rossi dikecam kerana ambil risiko |
"Di rumah saya tidak bertemu rakan-rakan, saya tidak ke restoran atau ke mana-mana.
"Saya bersama isteri dan anak perempuan saya mengambil langkah berjaga-jaga yang ekstrem: saya membasuh tangan 30 kali sehari dan sentiasa memakai pelitup muka," tegasnya.
"Musim ini agak berbeza dan orang yang paling malang ialah pemandu yang dijangkiti COVID-19 kerana dia tidak boleh berlumba.
"Valentino akan terlepas dua perlumbaan dan kejuaraan semakin sukar baginya. Dia bertanggungjawab terhadap tindakannya," kata Espargaro lagi.
Sebelum ini, Rossi mengesahkan dia positif Covid-19 selepas ujian ke-2 dilakukan. Dia sebelumnya mengadu demam dan mengalami sakit tulang.
Akibatnya dia terlepas perlumbaan di Grand Prix Aragon minggu lalu dan tidak dapat menyertai aksi hujung minggu ini di litar sama.
0 Comments