Putera Sultan Brunei mangkat


ANAKANDA
ketujuh Sultan Brunei, Putera Sultan Putera Haji Abdul Azim dilapor mangkat pagi tadi pada usia 38 tahun.

Berita dukacita itu disiarkan Radio Televisyen Brunei dalam pengumuman rasminya siang tadi.

"Putera Sultan Haji Hassanal Bolkiah Putera Hj Abdul Azim meninggal dunia pada 17 Rabi ul awal (24 Oktober 2020) jam 10:08 pagi waktu tempatan," kata pengumuman itu.

Difahamkan Al Marhum dimakamkan di di Kubah Makam Diraja hari ini selepas waktu Asar.

Laman instagram @bruneiroyalfamily turut memaklumkan berita tersebut.

"Pada menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertua Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul' Azmin ibni Kebawah Duli yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi."

Sementara itu perintah berkabung selama tujuh hari turut telah dikeluarkan untuk rakyat negara itu, bendera turut diarahdikibarkan separuh tiang.  
 
Punca kematian tidak diketahui setakat ini. bagaimanapun, sumber menyatakan Putera Abdul Azim telah mengalami masalah kesihatan berpanjangan dan dirawat di hospital sebelum ini.

Mangkat pada usia 38 tahun
Dilahirkan di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 29 Julai 1982, Putera Azin difahamkan telah mendapat pendidikan awal di International School Brunei, Raffles Institution, dan Oxford Brookes University.

Putera Abdul Azim sebelum ini memberikan sokongan untuk pesakit autisme. Pada malam gala amal muzikal Smarter Brunei pada tahun 2011, 31 pelakon autistik mempamerkan bakat mereka.

Menurut The Brunei Times, baginda pernah berkata, "Perlakukan mereka dengan hormat, seperti yang Anda lakukan kepada anggota keluarga anda, dan seperti yang anda lakukan kepada orang lain.
 

Post a Comment

0 Comments